United Of America

Negara ini sedang mengalami sedikit gangguan dalam ekonomi mereka dan yang pasti 6 elemen yang sedia ada dapat membantu menguruskan kembali dan menjadi peneraju ekonomi dunia sebelum CHINA mengatasinya , Good Luck !

Monday, May 16, 2011

STAR WARS

Cerita ini asalnya berbentuk sains fiksyen tetapi kewujudan teknoloji angkasa lepas telah menampak keberhasilan dari buah fikiran NASA serta penampilan filem ini sehingga kebeberapa seri serta menakluk dunia perfilemen dan manusia percaya akan kewujudan tamadun yang berasal dari USA dan malah filem tersebut mengiyakan kebolehan manusia dalam penerokaan ke angkasa lepas dan adakah mereka tahu dimanakah perlu kita rujuk sekiranya sesebuah negara ingin membangunkan stesen angkasa lepas ? Sudah tentu mereka perlu datang ke sini untuk membuat rujukan , adakah fakta ini benar ? Adakah negara ini bermasalah untuk membina kembali kekuatan dalam ekonomi mereka walaupun jumlah hutang hampir kepada trilion US dan dimanakah tenaga pakar ekonomi mereka dan dimanakah kehebatan mereka dalam merangka perancangan ekonomi 10 tahun yang lepas dan adakah NASA wujud dengan sekelip mata , sudah tentu didokong oleh tenaga-tenaga yang hebat supaya ia wujud sehingga kini dan adakah NASA satu yang bebankan bagi negara ini , pada saya ianya melambangkan kebolehan manusia untuk mewujudkan satu kekuatan dimana kita boleh dan sentiasa berbakat dalam mencipta dan menyediakan perancangan tertentu bagi memantau permasalah tersebut walaupun ianya mengambil masa dan percayalah kita mempunyai kebolehan tersebut walaupun mengambil masa !

Friday, May 13, 2011

To Soft The Problem - USA

Ada beberapa perkara yang harus diingat bahawa kekuatan negara ini terletak kepada 6 perkara iaitu Harvard , Pengalaman (war) , Kepakaran (Nasa) , Teknoloji , Ekonomi dan Yahudi . 6 perkara ini adalah aset terpenting bagi USA dalam mempengaruhi dunia atau sebagai perisai kekebalan dalam setiap aspek pembangunan negara ini . Tidak ada wujud ataupun khabar angin mengatakan ekonomi negara ini akan rebah ataupun lenyap untuk tempoh awal dekad ini , malah ianya akan mencetuskan idealoji baru dalam pembangunan ekonomi USA untuk tempoh 5 atau 10 tahun akan datang dan yang pasti 6 elemen ini akan menjaminkan penguasaan keatas dunia dalam tempoh 100 tahun mendatang atau sebaliknya . Disini penulis tidak berkesempatan untuk melanjutkan cerita bagaimana mereka(6 elemen) akan mendokong pembangunan ekonomi negara ini kerana ianya memerlukan masa dan dana tertentu untuk menghasilkan jawapannya.





Pelabur USA akan terus melabur di dalam negara ini sekiranya ingin mendapatkan kekuatan ekonomi domestik dan perancangan teliti adalah perlu sekiranya ingin melabur keluar dari negara ini kerana kekuatan itu akan lemah bila meletakan nilai duit diluar 'gelanggang'?

Monday, May 9, 2011

CHINA

Ekonomi USA tergendala sebentar sahaja dan bukan dalam tempoh yang lama kerana ia didokong dengan beribu-ribu tenagan profesional dalam sistem kewangan mereka serta majorati besar rakyatnya suka membaca dan budaya ini melahirkan jenerasi profesional dalam setiap bidang ,walaupun rakyat China bilangannya lebih bessar dari rakyat USA tetapi bilangan yang mahir dalam kerja melebihi rakyat China , ini kerana sebelum China membuka dasar pintu terbukanya rakyatnya belum mahir dalam komunikasi dengan rakyat luar sedangkan USA sudah terlebih dahulu melakukan demikian . Struktur sistem perhubungan sudah wujud lebih lama dalam domestik(USA) apatah lagi negara China mempunyai keluasan yang terlalu luas serta masih lagi tidak mempunyai kecekapan dalam berhubung dengan penduduk luar bandar serta ia memerlukan kos yang tinggi serta satu tempoh tertentu untuk membuahkan hasilnya.


USA mempunyai fasiliti yang sedia ada dalam negara dan tidak perlu untuk mewujudkan satu lagi fasiliti baru cuma 'upgrade' sahaja dengan keperluan yang sedia ada dan bagi bagi pembangunan NASA ianya perlu diteruskan demi tamaddun manusia sejagat dan juga mempengaruhi dunia dalam dunia SAINS & TEKNOLOJI .

The JEWS of USA

Bangsa Yahudi sudah berkelana berkurun kurun di USA dan mereka adalah dominan dalam pentadbiran negara ini dan dunia sudah akui betapa hebatnya dan kreativenya mereka dalam setiap bidang diceburi dan bidang yang diceburi oleh mereka adalah seperti berikut :- Pakar dalam pembuatan senjata , membina bangunan yang hebat dan kukuh serta mempunyai kemahiran dalam pertanian serta amat bersungguh-sungguh dalam sistem kewangan dan mereka berhasil lakukannya bila kita lihat pembangunan yang berlaku di USA .




Keperluan senjata amat perlu bagi sesebuah negara yang mempunyai sistem ekonomi yang kuat dan besar serta keluasan yang berbilion-bilion ekar termasuk Alaska serta kepulauan Hawaii dan negara ini memerlukan pengawasan yang terbaik dalam terbaik , maka mereka(JEWS) inilah yang bertanggungjawab dalam setiap inovasi pembentukan dalam membangunkan senjata demi kedaulatan negara tersebut maka tidak perlu gusar dengan kebolehan mereka dalam memperbaiki taraf ekonomi USA .

NIKE APPLE INTEL BOEING COCA COLA - USA BRAND

Kelemahan ekonomi USA bukanlah disebabkan negara itu tidak mempunyai jenama-jenama yang hebat ataupun diuruskan pakar-pakar ekonomi mereka(Harvard) tetapi jumlah dari mereka(usahawan-usahawan) telah menanam modal diluar dari USA dan ini memyebabkan ruang kosong telah berlaku dalam sektor pekerjaan dan mengakibatkan sektor ini menaikkan peratus pengganguran serta kuasa beli telah berkurangan dan dalam masa yang sama peratus cukai turut menurun dan ia akan membebankan sistem kewangan negara tersebut .




Jenama NIKE adalah jenama yang senonim dengan peralatan sukan di seluruh dunia malah ianya lambang keperibadian USA dan dianya diuruskan oleh tenaga pakar dalam perniagaan dan juga mempunyai tenaga hebat dalam pemasaran dunia dan apakah jenama ini tidak dapat membantu USA dalam meningkatkan ekonomi negara tersebut dan amat mustahil mereka membiarkan negara itu tercicir dalam konteks Ekonomi Dunia ?




Steve Job CEO Apple Computer yang berasal dari USA yang mempunyai keuntungan US $ 14.01 billion (FY 2010) serta mempunyai tenaga pekerja seramai 49,400 dan juga mempunyai pengaruh dalam pasaran dunia dan adakah dia tidak mempunyai kebolehan dalam membantu negara ini untuk menstabilkan ekonomi yang semakin lembap dan barang diingat mereka sememangnya mempunyai kebolehan yang sukar dikesan , benarkan !




Apapun mereka telah berada dalam pasaran dunia sungguh lama dan mempunyai kesan yang cukup kuat dan susah untuk diluputkan , paling yang mempunyai pengaruh dalam dunia dari tahun 1853 sehingga sekarang jenama itu tetap unggul walaupun sentuhan pembuatan bukanlah 100% rakyat USA tetapi banyaknya sudah campur keberhasilannya dan tidak asli kerana ia bukan dari USA atau Made In USA sebab ia bukan lagi satu jenama kebanggaan negara tersebut malah ia condong kepada kuantiti bukan kualiti . Jenama USA mempunyai satu nilaian yang tinggi dan mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk memilikinya tetapi bukan sekarang , kerana ia lebih kepada keuntungan . Disebabkan itulah banyak jutawan-jutawan negara ini banyak melabur diluar USA dan mengakibatkan ekonomi negara lompong dan sukar untuk dipulihkan kecuali mereka kembali semula melabur dalam USA .




Wednesday, May 4, 2011

The USA Technology

Negara-negara Arab amat kaya dengan minyak mentah , sehinggakan mereka memang terkenal dengan jumlah wang yang terlalu banyak sehinggakan mereka mampu memiliki apa saja yang terlintas dalam kepala otak mereka dan kekayaan mereka tidak jamin untuk selamanya kerana mereka tidak memiliki teknoloji tertentu .Dengan teknoloji USA dapat menawarkan pakej pembangunan bagi sesebuah negara yang ingin menjadikan USA sebagai rujukan dan ianya akan berkembang dengan baik mengikut jadual tertentu dan disinilah kekuatan teknoloji dapat mencernakan ekonomi dalam masa panjang 'long term profit' . Negara Arab yang kaya dengan minyak sukar memperolehi teknolojinya sendiri , ini kerana sebahagian dari rakyatnya gemar kepada kemewahan dan amat sukar pencarian teknoloji sekiranya bebas berbelanja . Contohnya Jepun yang kurang hasil mentah dapat membangunkan negaranya sehingga dapat menguasai pasaran dunia dalam bidang permotoran dan bermacam-macam jenis produk disebabkan mereka memiliki teknoloji dan adakah kemelut kewangan USA waktu ini memungkinkan mereka tidak dapat bangun lagi atau sebaliknya ?


Kemenangan USA pada peperangan Dunia I dan ke II adalah hasil dari teknoloji yang mantap serta didokong oleh kewangan yang kuat sehinggakan Jerman , Itali serta Jepun tunduk keatas USA adalah disebabkan 2 faktor iaitu Teknoloji serta Dana yang mencukupi . Negara yang kaya ialah mempunyai Teknoloji yang banyak dan kita percaya ekonomi ini akan pulih , percayalah !